Tip kuruskan badan cara skema

TIPS UNTUK KURUS CARA SKEMA YANG SELALU ORANG MALAS BUAT,TAPI CARA NI KALAU BUAT KONSISTAN PASTI BERJAYA,TAK PERLU DAH NAK TELAN OR MINUM PELBAGAI UBAT KURUS DAH PAS NI...

JOM BACA ANTARA TIPS YANG ADA...

1. JANGAN BERLAPAR
.
.

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita
menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita
ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula
membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan
makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma
tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasanya anda akan makan
dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali
ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih
lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar
kalori pada tahap yang sama lagi




2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum
makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi
menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut
boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.





3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara
semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan
makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu
gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan
penangkungan air. Mengurangkan pengambilan
garam bermakna badan anda menangkung sedikit
air. Ini bermakna anda kurang berat yang
disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan
pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan
mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia
terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan
paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat
untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan
jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat
menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH
KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil
sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih
mudah dihadam.


9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit
daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau
makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau
berangin di mulut akan membantutkan selera
anda.



11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter
dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di
dalam peti ais anda.



12. Apabila makan di restoran atau gerai ,
pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana
minuman masam menggalakan pembakaran
lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.



13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat
dan kandungan lemak yang rendah.



14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari
kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda
timbang berat badan yang pastinya meningkat,
mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati
boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.



16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam
Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran
dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit
lemak.



17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh
besar dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan
dan berapa banyak, tahap kelaparan yang
memerlukan anda makan, dan perasaan anda
ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan
anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama
membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana
anda boleh membuat atau perbaiki tabiat
pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari
ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan
lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan
diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
.
.
.
.
.
.








18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat
badan dalam jangka masa panjang apabila mereka
menukar motif mereka daripada untuk kurus
kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah
fikiran anda untuk memikirkan dan memilih
makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh
badan.
.
.
.
.
.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi
jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk
sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak).
Hindari minyak atau lemak haiwan.
.
.
,

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah
piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil
sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian
baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika
ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda
ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan
jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv.
Sebab, makin menarik program tv, semakin
banyak makanan ringan yang anda habiskan!





21. Selain memberi peluang makanan untuk
turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan
akan membantu menghabiskan sebahagian kalori
dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan
satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda
menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus
dilakukan dengan santai kerana perut anda baru
saja terisi.






22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu
diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan
memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa
perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai
dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan,
kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai
makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika
memang benar-benar memerlukannya.




23. Untuk mengempiskan perut , gerakan
punggung yang ringan tetapi lama akan lebih
efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat
seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini
mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari
gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut
lebih kecil dan cantik.



24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap
satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.




25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk
langsing
-
-
-
-

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa
dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika
terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang
dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi
otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan
tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.
.
.
.
.
.
SELAMAT BERAMAL
PASTIKAN AMALAN DIET YANG SIHAT MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA!!!

Ulasan

Catatan Popular