Sinopsis Ariana Rose TV3


Semenjak dua menjak ni memeng kul 7 jer setia depan tv nantikan drama Ariana Rose!!!!
Mula2 tak paham,lastly lepas baca sinopsis ku mula paham keseluruhan cerita ni.

Sinopsis drama TV3:
Ariana Rose

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik
dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai
gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam
Kamil.

Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin
dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan
agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker.
Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga
Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah
spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku
Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana
tegar untuk tidak memberitahu.
Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan
disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar.
Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula
melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku
Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di
mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh
cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana.
Malah dia semakin membenci Tengku Adam.
Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa
pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima
lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya
ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah.
Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin
dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak
tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari
penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya
dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan
suaminya telah banyak berubah.

Sumber: Infotaip , Karya Seni, Admya & Penulisan2u

Drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya
Evelyn Rose ini bakal disiarkan di Slot Akasia TV3.

Tajuk drama telah ditukar daripada The Wedding Breaker
kepada Ariana Rose .

Ulasan

Catatan Popular