Tanda serta petanda sebelum meninggal dunia

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia 100 hari sebelum kematian 


 Ini adalah tanda pertama
dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum KEMATIAN

 – Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar.

Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian


 – Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian 


 Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi
kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian 

Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.


Hari kematian 


Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan
ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.



wallahu'Alam

Ulasan

Catatan Popular