BAHAYA KERR MENYUSU ANAK MASA MENGANDUNG???
Anak sulung sekarang dah masuk setahun 7 bulan saat & tika blog ni ku tulis...usia kandungan ku menjangkau baru masuk 5 bulan...
Memandang encik suami terchenta lagi tersayang berada nun jauh di sabah menjalankan tugas,makanya hampir empat bulan la ku bertapa di kampung ni..
Aktiviti berjalan seperti biasa,cuma yang luar biasa sikit kerap kali aku di tegur oleh mak serta kengkadang cstmer a.k.a jiran tetangga bila anak jantan ku merengek dan nak menyusu,agak terkejut mereka itu bila ku bgtau anak masih menyusu badan walhal aku sedang mengandung anak ke dua...
-Ada yang kata si abang ambil hak adik,
-Ada yang kata tak elok nanti adik xde khasiat dah nk mnyusu
-Ada yang kata boleh keguguran
Ha ada yang lagi dasyat kata abang dia ni bukan hisap susu lg dah,ni dah kira isap darah( ala2 anak drakula lak anak aku ni!!)
Malas nak pening,lalu hasilnya dari cikgu google ni jawapan nyer:-
( pape pon aku sedang dlm proses cerai susu ank pertama sthun 7 bln)
Terdapat banyak pendapat tentang perlunya menghentikan penyusuan ketika mengandung, tetapi tidak semuanya tepat.
(1) Hisapan bayi akan menyebabkan pengecutan pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada kandungan - Hisapan bayi akan merembeskan hormon prolaktin yang menyebabkan contraction, keadaan yang sama berlaku ketika melakukan hubungan antara suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.
(2) Bayi dalam kandungan akan mengalami masalah kekurangan nutrisi - Badan manusia telah diciptakan dengan cukup sempurna di mana ia mampu membahagikan nutrisi seimbang kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dan menghasilkan nutrisi yang cukup untuk bayi yang sedang menyusu. Bagaimana pun, dalam kebanyakan kes, hormon yang dirembeskan ketika mengandung akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Oleh kerana itu, bayi yang lebih dewasa perlu nutrisi tambahan dari makanan atau pun susu formula bagi menampung keperluan nutrien bagi tumbesaran mereka.
(3) Penyusuan sewaktu mengandung meningkatkan risiko ibu mengalami osteoporosis (tulang rapuh) sewaktu mengandung
- Setakat ini tidak ada kajian yang dapat membuktikan ibu-ibu yang mendapat nutrisi yang mencukupi sewaktu mengandung akan menghadapi masalah tulang rapuh apabila menyusukan anak sewaktu mengandung. Malah menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.
Ha ok...dah jelas sekarang.So tindakan tak perlu drastik ceraikan susu anak tika dia masih memerlukan.
Slow & stedy jer...
Dalam islam pon hak anak menyusu 2 tahun.
Produk2 SHAKLEE banyak membantu kesihatan fizikal serta mental saat2 getir membesarkan anak yang masih kecik Di tambah keperluan zat sewaktu mengandung ni.
Anda ada pengalaman mnyusu anak masa sarat mengandung???
Atau anda jugak pengguna shaklee??
Jom share pengalaman anda...
DAPATKAN PRODUK2 SHAKLEE MELALUI AGEN ANDA..
PM/WHATSAP SY 014-3500487
EMAIL JUGA BOLEH shuhadashaiful@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan