NAZAR MINUM AIR KENCING ANJING HITAM
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah
dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan
pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik
dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan
minum air kencing anjing hitam.”
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi
pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak,
lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air
kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang
turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat
tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina
dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan
solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,
sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya,
lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan
ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air
tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni.
Pagi petang, mamak!
Teh tarik satu, roti canai satu.
Ada pulak segelintir tukang
masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.
Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang
baik.
**Beware apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat
ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as
Solah wa amalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan
peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir &
batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula
akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.
"Demi MASA!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang
berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Sumber dari facebook rakan2... di share buat renungan diri ku
sendiri.....
Ulasan
Catat Ulasan